• Bahagian ini mengandungi maklumat mengenai laman web kami dan platform yang kami sediakan. Ia juga menerangkan cara mengakses dan mendaftar dengan laman web. Ini terpakai untuk penggunaan laman web ini termasuk jenis projek dan apa yang kami lakukan dengan apa-apa maklumat peribadi yang kami kumpulkan semasa anda menggunakan laman web ini.

    Sila ambil perhatian bahawa kami tidak menawarkan pelaburan melalui platform ini.

    1. Selamat Datang

    1.1 Selamat datang ke Program Penanaman Cendawan. Laman web www.ppcb.com.my dikendalikan dan dimiliki oleh Fastrexs (M) Sdn Bhd. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai terma-terma ini, sila lawati halaman Hubungi Kami.

    1.2 Sila baca terma ini dengan teliti sebelum anda menggunakan ppcb.com.my, kerana ia akan mengawal penggunaan ppcb.com.my. Kami mengesyorkan agar anda mencetak atau menyimpan salinan terma ini untuk rujukan masa depan.

    1.3 Dengan menggunakan ppcb.com.my, anda mengesahkan bahawa anda menerima terma ini dan anda bersetuju untuk mematuhinya. Jika anda tidak mahu terikat oleh terma ini, sila jangan mengakses, menggunakan atau menyumbangkan sebarang kandungan kepada ppcb.com.my.

    2. Mengakses dan menggunakan ppcb.com.my

    2.1 Sesiapa sahaja boleh mengakses ppcb.com.my. Walau bagaimanapun, untuk menyertai projek ini, anda perlu mendaftar dan membuat akaun. Untuk tujuan itu, anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Untuk membuat akaun, sila pergi ke halaman Daftar. Anda mesti mempunyai akaun bank yang sah.

    2.2 Anda tidak layak menggunakan ppcb.com.my jika kami telah menggantung sementara atau menamatkan akses anda kepada ppcb.com.my.

    3. Privasi anda

    3.1 Kami memandang serius privasi anda. Sila baca Dasar Privasi kami untuk melihat cara kami menggunakan maklumat peribadi anda.

    4. Pendaftaran akaun

    4.1 Anda boleh mendaftar dan membuat akaun anda di halaman Daftar. Anda akan diminta untuk mengesahkan penerimaan anda terhadap terma ini.

    4.2 Anda mesti memastikan bahawa semua maklumat yang anda berikan semasa mendaftar dengan ppcb.com.my adalah benar, tepat, terkini dan lengkap.

    4.3 Jika anda ingin menukar mana-mana butiran pendaftaran anda, anda mesti mengemas kini akaun anda.

    4.4 Untuk membantu kami mengekalkan keselamatan ppcb.com.my, anda mesti menyimpan butiran log masuk anda secara sulit. Sila jangan berkongsi butiran log masuk anda dengan mana-mana orang yang anda tidak percayai atau meninggalkan peranti anda tanpa pengawasan semasa log masuk ke ppcb.com.my kerana anda akan bertanggungjawab untuk semua aktiviti yang berlaku pada akaun anda akibat daripada berbuat demikian. Jika anda menyedari sebarang penyalahgunaan atau penggunaan tanpa kebenaran butiran log masuk anda, maka anda mesti memaklumkan kepada kami dengan segera dengan menghantar e-mel kepada kami.

    4.5 Sekiranya kami mempunyai sebab bahawa anda telah melanggar, atau akan melanggar terma-terma ini, kami boleh menamatkan atau menggantung akaun anda atau akses kepada ppcb.com.my atau kepada mana-mana kandungan yang disediakan di ppcb.com.my.

    4.6 Kami berhak untuk memadam akaun anda pada bila-bila masa.

    5. Kaedah pembayaran

    5.1 Dashboard akan memberikan anda butiran akaun bank untuk pembayaran yang dibuat.

  • 1. Kandungan

    1.1 Semua kandungan di ppcb.com.my dimiliki oleh kami.

    1.2 Kandungan termasuk apa-apa maklumat atau bahan yang terdapat pada ppcb.com.my, termasuk pangkalan data dan grafik yang terdapat pada ppcb.com.my.

    1.3 Anda boleh melihat halaman dan kandungan ppcb.com.my dalam talian dan mencetak salinan terma ini untuk rekod anda. Anda tidak boleh menghasilkan semula, mengubah suai, menyalin atau mengedar atau menggunakan mana-mana kandungan di ppcb.com.my tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.

    1.4 Logo yang terdapat di ppcb.com.my dimiliki oleh kami.

    2. Aduan dan maklumat lanjut

    2.1 Jika anda mempunyai sebarang aduan atau ingin meminta maklumat lanjut mengenai ppcb.com.my, sila hubungi kami melalui e-mel dan kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

    2.2 Kami akan menulis kepada anda dalam masa 7 hari bekerja dari aduan yang diterima.

    3. Perubahan kepada terma ini dan kepada ppcb.com.my

    3.1 Kami boleh membuat perubahan kepada terma ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan salinannya pada ppcb.com.my. Sebarang perubahan akan berkuat kuasa tujuh hari selepas tarikh kami menyiarkan terma yang diubah suai pada ppcb.com.my. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan tersebut, anda mesti berhenti menggunakan ppcb.com.my.

    3.2 Perubahan ini tidak tertakluk kepada pulangan modal, keuntungan dan tempoh kontrak seperti yang dinyatakan.

    4. Hubungi kami

    4.1 Hubungi kami melalui e-mel, contact@ppcb.com.my.

  • 1.Tempoh kontrak

    1.1 Tempoh kontrak adalah selama 3 bulan 15 hari.

    2. Tanggungjawab Syarikat

    2.1 Syarikat bertanggungjawab memberi keuntungan sebanyak RM 1,400.00 selepas 2 bulan 15 hari.

    2.2 Syarikat bertanggungjawab memberi pulangan modal sebanyak RM 3,000 setelah kontrak tamat.

    2.3 Sekiranya pelanggan berminat untuk meneruskan kontrak baharu,pemulangan modal RM 3,000 tidak akan dipulangkan setelah kontrak tamat.

    2.4 Yuran logistik dan pentadbiran sebanyak RM460.00 akan dikenakan ke atas keuntungan kasar bagi setiap slot.

    2.5 Syarikat tidak berhak mengubah jumlah keuntungan yang dijanjikan.

    2.6 Sekiranya berlaku perkara-perkara di luar kawalan syarikat seperti bencana alam, peperangan, wabak penyakit berjangkit dan yang berkaitan sehingga mengganggu pengoperasian, maka pelanggan tidak berhak menuntut apa-apa dari syarikat.